1. Minit mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum bil 1/2013 telah diemelkan ke semua sekolah dan maklum balas minit mesyuarat tersebut hendaklah diemelkan kepada Encik Nasir Salem melalui emel [email protected] sebelum atau pada 22 April 2013.
2. Pra Ujian ProTim 2013 untuk Tahun 4, 5 dan 6 akan dilaksanakan di semua sekolah rendah daerah Kuching mulai 7 hingga 16 April 2013. Semua dokumen berkaitan boleh dimuat turun dari https://sites.google.com/site/ppdkuching/perkongsian-dari-unit-pengurusan-akademik.
3. Majlis Guru Besar Daerah Kuching dan AJK penganjur Majlis Solat Hajat Wira Lahad Datu dan Halaqa Guru Besar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan majlis tersebut pada 11 April 2013 yang lalu bertempat di SKA Datuk Haji Abdul Kadir Hassan.
4. Exco MGB Daerah Kuching ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Gawai Dayak, Gayu Guyu Gerai Nyamai Lantang Senang" buat semua rakan yang meraikan Gawai Dayak.
5. Untuk makluman semua warga pendidikan di bawah pentadbiran PPD Kuching, Majlis Himpunan Jalinan Mesra akan diadakan pada hari Sabtu,15 Jun 2013 bertempat di perkarangan PPD Kuching. Semua warga pendidik dan kakitangan sekolah tuan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.