Majlis Guru Besar Daerah Kuching,Sarawak

Click here to edit subtitle

Aktiviti Semasa Majlis Guru Besar Daerah Kuching

 
7 April 2014, Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah Kuching telah mengadakan Program Transformasi Penolong Kanan (District Transformation Programme) bertempat di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Objektif program adalah untuk menambah ilmu dalam bidang kepimpinan instruksional dan perundangan dalam kalangan penolong kanan sekolah rendah yang mana telah melibatkan semua Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan HEM sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina. Penceramah jemputan adalah Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh (Pensyarah Kanan) IAB, Cawangan Sarawak. Penangguhan program ini telah dilaksanakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching iaitu Encik Thomas Kanyan anak Siam.
11 Januari 2014, Sempena dengan sambutan Tahun baru 2014, Majlis Guru Besar Kuching telah mengadakan Majlis Malam Berambeh di salah sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching. Turut hadir di majlis tersebut ialah Dr. Sluhi bin Lamat, Pegawai Pendidikan Daerah Kuching dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching iaitu Encik Thomas Kanyan, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MGB Kuching iaitu Encik Abdul Latif bin Bujang dan  Encik Shazali bin Haji Rosdi beserta para guru besar Daerah Kuching.
  • Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur.
    Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Majlis Guru Besar Daerah Kuching (MGB Kuching) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke tiga buah Sekolah Berprestasi Tinggi di tiga buah negeri iaitu Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 9 Oktober 2013 hingga 13 Oktober 2013. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 2, Melaka, Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bangi, Selangor Darul Ehsan dan Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur. Objektif lawatan adalah untuk memperolehi maklumat dan gambaran jelas proses kepimpinan instruksional yang lebih efektif di sekolah berprestasi tinggi dan juga gred kluster kecemerlangan serta menambah pengetahuan dan membina jalinan dan jaring kerjasama antara kedua-dua pihak. Selain itu rombongan MGB Kuching juga telah megadakan lawatan ke pejabat Yayasan Guru Malaysia Berhad dan telah di taklimatkan tentang pengurusan dan faedah-faedah yang diperolehi oleh ahli-ahli YGMB.
4 Oktober 2013: Rombongan MGB Daerah Jerantut, Pahang bersama guru-guru cemerlang daerah tersebut telah mengadakan lawatan ke daerah ini pada hari ini. Semasa lawatan tersebut, rombongan ini juga telah mengadakan sesi perkongsian pengalaman dengan para guru di daerah ini yang diadakan di Auditorium Jabatan Pendidikan Sarawak.
  • Anyaman: Hasil kerja tangan murid-murid yang terlibat dengan program ini.
    Anyaman: Hasil kerja tangan murid-murid yang terlibat dengan program ini.
  • Batik hasil kreativiti murid-murid melalui program ini.
    Batik hasil kreativiti murid-murid melalui program ini.
  • Mencorak siramik salah satu daripada kemahiran yang diajar semasa program tersebut.
    Mencorak siramik salah satu daripada kemahiran yang diajar semasa program tersebut.
  • Murid-murid berinteraksi sesama mereka semasa aktiviti dijalankan.
    Murid-murid berinteraksi sesama mereka semasa aktiviti dijalankan.
  • Guru pengiring juga mengambil peluang untuk belajar kemahiran yang diajar oleh tenaga pengajar.
    Guru pengiring juga mengambil peluang untuk belajar kemahiran yang diajar oleh tenaga pengajar.
  • Murid-murid dari sekolah-sekolah yang berbeza dikelompokkan dalam beberapa kumpulan dan berlatih bersama sebelum membuat persembahan.
    Murid-murid dari sekolah-sekolah yang berbeza dikelompokkan dalam beberapa kumpulan dan berlatih bersama sebelum membuat persembahan.
  • Walaupun dalam masa yang singkat, murid-murid berjaya mempersembahkan lagu-lagu patriotik dan sekaligus berjaya mewujudkan perpaduan seperti yang diharapkan dalam program RIMUP ini.
    Walaupun dalam masa yang singkat, murid-murid berjaya mempersembahkan lagu-lagu patriotik dan sekaligus berjaya mewujudkan perpaduan seperti yang diharapkan dalam program RIMUP ini.
  • Ucapan Encik Hairani di akhir sesi program tersebut.
    Ucapan Encik Hairani di akhir sesi program tersebut.
  • Cikgu Abdul Latip Bujang selaku Pengerusi MGB Daerah Kuching juga menyampaikan ucapan di majlis tersebut.
    Cikgu Abdul Latip Bujang selaku Pengerusi MGB Daerah Kuching juga menyampaikan ucapan di majlis tersebut.
  • Para pemenenang menerima hadiah.
    Para pemenenang menerima hadiah.
Majlis Guru Besar Daerah Kuching (MGBDK) telah mengadakan dengan jayanya Program RIMUP Pasca UPSR 2013 dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Kuching bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching pada 30 September 2013. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah Mewarna Batik, Melukis dan Mewarna Seramik, Sulaman Manik dan Anyaman Buluh. Selain daripada itu persembahan lagu-lagu patriotik daripada murid-murid yang diagihkan dalam kumpulan-lumpulan kecil juga diadakan. Sebanyak 51 buah daripada 62 buah sekolah rendah daerah Kuching dengan 492 orang murid dan 132 orang guru pengiring telah terlibat di dalam aktiviti tersebut. Encik Abdul Latip Bujang selaku Pengerusi MGB Daerah Kuching merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam menjayakan program ini dan beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Selaku penyelaras program, Encik Hairani dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Kuching memaklumkan bahawa program ini merupakan tahun kedua dilaksanakan secara kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Majlis Guru Besar Daerah Kuching (MGBDK) dengan ini ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak iaitu Encik Abdillah bin Adam di atas pengurniaan Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran "Datu" sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang Ke-92 pada 14 September 2013.
Majlis Guru Besar Daerah Kuching telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kurssus Modul Panitia kepada semua ketua panitia atau guru-guru yang mengajar 4 mata pelajaran utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kursus tersebut telah diadakan di Kompleks Yayasan Sarawak, Semariang selama dua hari iaitu pada 22 hingga 23 Julai 2013. Encik Mahli bin Rosli selaku Pegawai Pendidikan Daerah Kuching telah menyempurnakan upacara perasmian pada 22 Julai 2013. Semua sekolah rendah telah menghantar peserta dalam kursus ini. Para penceramah jemputan adalah terdiri daripada guru-guru yang terlibat secara langsung di dalam pemeriksaan kertas UPSR. Dengan pengalaman yang ada pada mereka adalah diharapkan dapat dikongsikan bersama semua peserta yang hadir pada hari tersebut. Dalam pada itu Pegawai Pendidikan Daerah telah menegaskan pentingnya TIGA ciri utama sebagai seorang guru yang berdedikasi iaitu PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP dan mengharapkan semua peserta yang hadir ke kursus ini dapat mengadunkan ketiga-tiga ciri ini demi kemajuan anak-anak didik mereka.
Majlis Guru Besar Daerah Kuching telah menyampaikan derma berjumlah RM18,802.80 kepada Tabung Wira Lahad Datu di dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontigen Sarawak bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontigen Sarawak, Jalan Badruddin pada 11 Jun 2013. Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada 62 buah sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching. Encik Abdul Latip bin Bujang selaku Pengerusi MGB Daerah Kuching telah menyampaikan derma tersebut melalui Pesuruhjaya Polis Kontigen Sarawak pada majlis tersebut. Turut hadir bersama di dalam majlis tersebut adalah Encik Shazali bin Haji Rosdi (Timbalan Pengerusi), Puan Roseline Anthony Ajang (Setiausaha) dan Puan Choo Chin Moi (Bendahari). MGB Daerah Kuching mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para guru besar dan semua sekolah yang terlibat didalam menjayakan kutipan derma tersebut.
  • Majlis Solat Hajat Wira Lahad Datu dan Halaqah Guru Besar
    Majlis Solat Hajat Wira Lahad Datu dan Halaqah Guru Besar
  • Solat Maghrib berjemaah.
    Solat Maghrib berjemaah.
  • Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Umar Fathullah Harun.
    Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Umar Fathullah Harun.
  • Para jemaah asyik mendengar tazkirah yang disampaikan.
    Para jemaah asyik mendengar tazkirah yang disampaikan.
  • PPD Kuching menyampaikan amanat.
    PPD Kuching menyampaikan amanat.
  • Pelancaran tabung kutipan derma Wira Lahad Datu oleh PPD.
    Pelancaran tabung kutipan derma Wira Lahad Datu oleh PPD.
  • Simbolik penyerahan kutipan tabung Wira Lahad oleh Pen. Kanan 1 SKA DHAKH kepada PPD.
    Simbolik penyerahan kutipan tabung Wira Lahad oleh Pen. Kanan 1 SKA DHAKH kepada PPD.
Majlis Solat Hajat Wira Lahad Datu dan Halaqah Guru Besar
Majlis Solat Hajat Wira Lahad Datu dan Halaqah Guru Besar

Majlis Guru Besar Daerah Kuching telah menganjur Majlis Solat Hajat Wira Lahad Datu dan Halaqa Guru Besar pada 11 April 2013 bertempat di surau SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching. Majlis bermula pada jam 6.15 petang dengan kehadiran para jemaah yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari PPD Kuching, para Guru Besar, Penolong-penolong Kanan dan guru-guru. Encik Mahli bin Rosli iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Kuching telah turut bersama dalam majlis ini. Antara pengisian dalam majlis ini adalah Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Umar Fathullah Harun, Amanat daripada Pegawai Pelajaran Daerah Kuching, Solat Isyak berjemaah, Pelancaran tabung wira Lahad Datu dan simbolik penyerahan kutipan wira Lahad Datu oleh Penolong Kanan 1 SK Agama Datuk Haji Abdul KAdir Hassan kepada Encik Mahli bin Rosli.

Dalam amanat yang telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuching, beliau mengingatkan agar setiap pemimpin sekolah dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan penuh tanggungjawab kerana ianya adalah satu tugas yang berat yang wajib dilaksanakan setiap pemimpin. Ilmu yang yang telah ditimba selama ini hendaklah digunakan sebaik mungkin dalam membuat perubahan dan kemajuan sekolah dan anak didik masing-masing.



Pertandingan Bola Sepak Lelaki 12 tahun ke bawah telah dijalankan dengan jayanya pada 9 hingga 10 April 2013 bertempat di padang bola sepak Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kuching. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Rendah Zon A. Majlis penangguhan pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Encik Abdul Rashid Ibrahim, Penolong Penyelia Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuching pada 10 April 2013. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih pemain-pemain untuk mewakili Bahagian Kuching ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan di Limbang nanti. Sebanyak 5 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Johan telah disandang oleh Pasukan Padawan. Tempat Kedua adalah Zon B, Kuching dan Tempat Ketiga disandang oleh Daerah Bau. Sementara pasukan Zon A,Kuching di tempat yang keempat dan kelima disandang oleh Daerah Lundu.